PENGENALAN
Allahyarham Amalan berasal dari Kampung Lingkabau Sugut dan berbangsa Tembanua. Beliau telah berkahwin dengan Allahyarhamah Rogayah yang berbangsa Suluk dari Kampung Terusan Sugut. Pasangan ini telah menetap di Kampung Terusan Sugut dan dikurniakan seramai 5 cahaya mata iaitu Allahyarham Ahmad, Allahyarham O. T Hj Oyung, Allahyarham hj Abbah, Allahyarhamah Sahaya dan Allahyarham Hj Addah. Allahyarham Amalan juga telah berkahwin dengan Allahyarhamah Okis Binti Aging yang berbangsa Tembanua dari Kampung Sungai-Sungai Sugut. Melalui perkahwinan kedua ini, mereka dikurniakan 2 orang anak iaitu Allahyarham Marad dan Allahyarhamah Fatimah. Oleh itu, usaha mempertemukan semua ahli keluarga dalam satu majlis perlu dibuat agar jalinan tali silaturahim dan ukhuwah dapat dieratkan.
Daripada 7 adik-beradik ini, hari ini keturunan Generasi Keluarga Amalan sudah berkembang dan melebihi 600 orang yang berada di seluruh Sabah seperti Kampung Terusan Sugut, Kampung Sungai-Sungai Sugut, Kampung Obah Sugut, Kampung Lingkabau Sugut, Paitan Sugut, Pekan Beluran, Sandakan, Lahad Datu, Tawau, Kalabakan, Kota Kinabalu, Papar dan beaufort.
Keluarga Amalan ini juga telah melahirkan beberapa tokoh politik yang berjasa satu ketika dulu seperti Allahyarham Tuan Haji Ajad Bin O. T Hj Oyung mantan Ahli Dewan Rakyat Kawasan Labuk Sugut (kini ditukar kepada Beluran) mewakili USNO selama 2 penggal (1969-1978). Allahyarham juga merupakan salah seorang Ahli Jawatankuasa Pusat Penaja USIA yang mana seterusnya mengasaskan USIA Bahagian Beluran dan memegang jawatan sebagai Ketua Bahagian sehingga pertengahan tahun 1980-an. Selain itu, Keluarga Amalan juga melahirkan Allahyarham Batua Bin Hj Abbah yang menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Sugut selama 1 penggal (1976-1980) dan sebelum itu pernah memegang jawatan sebagai Pegawai Pembangunan Masyarakat (CDO) DUN Sugut. Dulu, kebanyakan ahli keluarga Amalan bekerja sebagai nelayan dan petani. Namun, kini Keluarga Amalan ini telah melahirkan usahawan berjaya, Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD), pegawai-pegawai kanan kerajaan, jurutera, peguam, guru-guru, polis dan jururawat.
Untuk itu, pelbagai usaha termasuk membentuk Persatuan Warisan Keluarga Amalan, Sabah telah dibuat bagi merealisasikan usaha mengeratkan hubungan silaturrahim dan ukhwah di kalangan Keluarga Amalan. Satu jawatankuasa penaja telah dibentuk dengan dipengerusikan oleh Encik Zikiri Bin Ajad dan dianggotai oleh wakil-wakil keluarga. Persatuan ini telah berjaya didaftarkan dan diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) pada 16 Julai 2015 dengan nombor pendaftarannya PPM-011-12-16072015. Kini persatuan giat mengumpul dan mendaftarkan ahli-ahli di kalangan waris-waris keturunan Amalan. Program terdekat yang dirancangkan ialah Hari Keluarga Amalan yang dijadualkan akan diadakan pada hujung tahun ini.

Semoga dengan tertubuhnya persatuan ini, maka ikatan
kekeluargaan di kalangan Keluarga Amalan ini dapat dieratkan. Sumbangan idea
ahli keluarga amatlah dialu-alukan untuk memantapkan dan menambah baik fungsi
persatuan ini.
Daripada 7 anak Allahyarham Amalan, maka lahirlah 33 orang Generasi Kedua Keluarga Amalan. Daripada 33 orang Generasi Kedua ini, maka lahirlah Generasi Ketiga antaranya seperti Zikiri Bin Ajad, Sabran Bin Ingkat, Wahadi Bin Bajau, Abdul Rashid Bin Juini, Abdul Samad Bin Batua, Yacob Bin Aripin, Roziah Binti Abdul Sali, YBhg Datuk Daning Bin Bajau, Ali Husin Bin Abd Rahman dan ramai lagi yang akan dihimpunkan di dalam persatuan ini.
Assalamualaikum.Syabas dan tahniah kepada Ahli Jawatankuasa PWKAS diatas usaha gigih sehingga tertubuhnya Persatuan ini.Semoga dengan usaha murni ini dapat memberi manfaat yang terbaik kepada Ahli serta Warisan Keluarga Amalan.aamiin
BalasPadam#cadangan agar disediakan pembayaran yuran bulanan melalui bank.
wassalam
Waalaikumsalam. Terima kasih saudara Sulaiman Osman. Alhamdulillah. Diucapkan terima kasih kerana menyertai persatuan ini. Pengalaman saudara di dalam berpersatuan diharap akan dapat mengukuhkan lagi persatuan keluarga kita.
BalasPadamCadangan yang sangat baik. Insya Allah dalam masa terdekat, Akaun Bank Persatuan akan dibuka bagi memudahkan urusan kewangan persatuan terutamanya mengenai pembayaran yuran.