Jumaat, 11 September 2015

MAKLUMAN 

Assalamualaikum w. b. t.

Di doakan semoga semua ahli PWKAS dan ahli keluarga Amalan berada dalam keadaan sihat walafiat. Dimaklumkan kepada tuan-tuan dan puan-puan yang berkesempatan untuk menghadiri Kenduri Tahlil 100 Hari Allahyarhamah Saleha Binti Haji Mansor yang akan diadakan di rumah keluarga mereka di Kg Kolapis Darat, Beluran pada 20 September 2015 jam 3 petang. Allahyarhamah merupakan anak kepada Allahyarhamah Kidang dan cucu kepada Allahyarhamah Sihaya Binti Amalan. 

Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarhamah dan saudara-saudara yang telah pergi mendahului kita. Semoga roh Allahyarhamah serta ahli keluarga Amalan yang telah pergi mendahului kita dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan