Isnin, 7 September 2015

PERSATUAN WARISAN KELUARGA AMALAN, SABAH TELAH LULUS

Pada 16 Julai 2015 secara rasminya Persatuan Warisan Keluarga Amalan, Sabah telah diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS). Urusan pendaftaran telah dilakukan oleh Jawatankuasa Penaja yang telah dibentuk pada 28 Jun 2015. Selepas mendapat kelulusan, persatuan ini telah mengadakan mesyuarat sebanyak 2 kali bagi membincangkan perancangan dan halatuju persatuan ini iaitu pada 2 Ogos 2015 dan 6 September 2015.

Di dalam mesyuarat pada 6 September 2015, semua jawatankuasa penaja sebulat suara untuk menetapkan perhimpunan Keluarga Amalan pada bulan Disember 2015 dan menambah bilangan Ahli Jawatankuasa bagi memantapkan pengurusan persatuan lebih-lebih lagi bagi merealisasikan perhimpunan Keluarga Amalan yang hendak dilaksanakan buat pertama kalinya. Didalam mesyuarat ini juga, Ahli Jawatankuasa Penaja telah bersetuju untuk meluluskan permohonan 9 ahli baru. 


Barisan Ahli Jawatankuasa Penaja Persatuan Warisan Keluarga Amalan, Sabah adalah seperti yang berikut:-

Zikiri Bin Ajad
Pengerusi Penaja
Sabran @ Mohamad Bin Ingkat
Timbalan Pengerusi Penaja
Mohd Fazli Bin Zikiri
Setiausaha Penaja
Mohd Nazri Bin Zikiri
Penolong Setiausaha Penaja
Hazarah Binti Batua
Bendahari Penaja
Abdul Samad Bin Batua
Ketua Penerangan Penaja
Abdul Rashid Bin Juini
Ahli Jawatankuasa Penaja
Wahadi Bin Bajau
Ahli Jawatankuasa Penaja
Fadhillah Khairunnisa Binti Maidin
Ahli Jawatankuasa Penaja
Shah Rizam Bin Abdul Rashid
Ahli Jawatankuasa Penaja
Yacob Bin Ariffin
Ahli Jawatankuasa Penaja
Kamariah Binti Batua
Ahli Jawatankuasa Penaja
Roziah Binti Abdul Sali
Ahli Jawatankuasa Penaja
Zaharah Binti Batua
Ahli Jawatankuasa Penaja
Darwan Bin Abdullah
Ahli Jawatankuasa Penaja

Sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan borang keahlian bolehlah berhubung kepada barisan Ahli Jawatankuasa Penaja ini. 


Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Penaja pada 2 Ogos 2015 yang diadakan di Rumah Pengerusi Penaja di Taman Pertama Batu 5, Sandakan


Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Penaja pada 6 September 2015 yang diadakan di Rumah Pengerusi Penaja di Taman Pertama Batu 5, Sandakan






Tiada ulasan:

Catat Ulasan