PENDAFTARAN
1. Syarat untuk menjadi ahli
a) Mempunyai susur galur keturunan Allahyarham Amalan (Ahli Biasa).
b) Isteri atau suami kepada waris keturunan Allahyarham Amalan (Ahli Bersekutu).
2. Cara mendaftar sebagai ahli (manual)
a) Sila klik MUAT TURUN bagi memuat turun borang. Borang keahlian adalah di dalam format PDF dan memerlukan perisian PDF untuk membukanya.
b) Lengkapkan borang keahlian secara softcopy dan hantarkannya melalui email. Anda juga boleh mencetak dan mengisinya secara manual dan menghantarnya melalui pos ataupun dihantar sendiri ke Pejabat PKWAS di:
Pejabat Persatuan Warisan Keluarga Amalan, Sabah
D/A Pengerusi Penaja
Lot 316, Lorong 16 Taman Pertama,
Batu 5 Jalan Utara,
90000 Sandakan,
Sabah
3. Bayar Yuran Pendaftaran dan Yuran Bulanan
a) Yuran Pendaftaran adalah RM 10 bagi Ahli Biasa dan Ahli
Bersekutu.
b) Yuran Bulanan adalah RM 5 bagi Ahli Biasa dan Ahli
Bersekutu.
4. Terdapat dua jenis keahlian PWKAS:
a) Ahli Biasa: Yuran Pendaftaran RM 10 sahaja dan Yuran Bulanan RM 5 Sebulan.
b) Ahli Bersekutu: Yuran Pendaftaran RM 10 sahaja dan Yuran Bulanan RM 5 Sebulan.
5. Pembayaran Yuran Pendaftaran dan Yuran Bulanan boleh dilakukan dengan menggunakan kaedah-kaedah berikut:
a) Bayaran Tunai melalui Bendahari Persatuan.
b) Pembayaran atas nama Persatuan Warisan Keluarga Amalan, Sabah di Bank Rakyat (22-071-145970-1). Sila emailkan bukti pembayaran kepada Bendahari Persatuan (warisankeluargaamalan@gmail.com).
6. No. Keahlian PWKAS dan Resit Pembayaran
a) Selepas mendaftar dan membayar yuran pendaftaran serta yuran bulanan, anda layak mendapatkan No. Keahlian PWKAS daripada Setiausaha Persatuan.
b) Sebarang pembayaran, sila dapatkan salinan Resit Pembayaran daripada Bendahari Persatuan.
6. No. Keahlian PWKAS dan Resit Pembayaran
a) Selepas mendaftar dan membayar yuran pendaftaran serta yuran bulanan, anda layak mendapatkan No. Keahlian PWKAS daripada Setiausaha Persatuan.
b) Sebarang pembayaran, sila dapatkan salinan Resit Pembayaran daripada Bendahari Persatuan.
Jika anda ada sebarang pertanyaan, sila emel kepada kami di warisankeluargaamalan@gmail.com
Kami mengalu-alukan penyertaan aktif anda di PWKAS!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan