HARI
PERHIMPUNAN KELUARGA AMALAN 26 DISEMBER 2015
Alhamdulillah
Ahli Jawatankuasa Persatuan Warisan keluarga Amalan telah selesai bermesyuarat
untuk kali keempat hari ini 15 November 2015 jam 10 pagi sehingga 12.30 tengah
hari tadi bagi membincangkan persiapan terakhir acara “Hari Perhimpunan
Keluarga Amalan”.
Hari
Perhimpunan Keluarga Amalan telah ditetapkan akan diadakan pada 26 Disember
2015 Jam 10 pagi sehingga 4 petang di Dewan Pandu Puteri, Batu 3 Sandakan.
Antara pengisian yang akan diadakan seperti acara kuling tangan, acara menari,
menyanyi, cabutan tiket bertuah, tayangan slideshow yang akan menunjukkan
salasilah keluarga dan gambar-gambar ahli keluarga Amalan.
Hari
Perhimpunan ini bertujuan untuk menghimpunkan ahli keluarga Amalan dari Sugut,
Beluran, Sandakan, Tawau, Lahad Datu, Papar dan Kota Kinabalu Sabah. Selain
mengeratkan ikatan kekeluargaan, perhimpunan ini juga akan mengangkat dan
memartabatkan nilai-nilai kebudayaan dalam kalangan ahli-ahli Keluarga Amalan
yang berbilang suku kaum melalui acara kuling tangan, tarian dan nyanyian. Menariknya bagi acara kuling tangan, tarian dan nyanyian tersebut akan dipersembahkan sendiri oleh ahli-ahli keluarga Amalan.
Marilah
bersama kita mewar-warkan Hari Perhimpunan Keluarga Amalan kepada ahli keluarga
kita yang berada di Beluran, Sandakan,
Tawau, Lahad Datu, Papar, Kota Kinabalu dan di Sugut seperti Kampung Terusan
Sugut, Kampung Sungai-Sungai Sugut, Kampung Tampat Sugut, Kampung Lingkabau
Sugut dan Kampung Obah Sugut.
Didalam mesyuarat ini juga telah dipersetujui sebulat suara untuk melantik Ahli Jawatankuasa Penaja tambahan dan juruaudit bagi melancarkan dan memantapkan persatuan terutamanya dalam menjayakan program pertama persatuan iaitu Hari Perhimpunan keluarga Amalan.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan sendiri oleh Zikiri Bin Ajad (Pengerusi). Antara Ahli Jawatankuasa yang hadir seperti Mohamad @ Sabran Bin Ingkat (Timbalan Pengerusi), Mohd Fazli Bin Zikiri (Setiausaha), Mohd Nazri Bin Zikiri (Penolong Setiausaha), Hazarah Binti Batua (Bendahari), Abdul Samad Bin Batua (Ketua Penerangan), Abdul Rashid Bin Juini (Ahli Jawatankuasa), Wahadi Bin Bajau (Ahli Jawatankuasa), Yacob Bin Arifin (Ahli Jawatankuasa), Kamariah Binti Batua (Ahli Jawatankuasa), Jaharah Binti Batua (Ahli Jawatankuasa), Ali Husin Bin Abdul Rahman (Ahli Jawatankuasa), Lila @ Lela Binti Damsa (Ahli Jawatankuasa), Esminin Bin Hj Mansor (Ahli Jawatankuasa), Salena Binti Damsa (Juruaudit) dan Sabtia Binti Hj Mansor (Juruaudit).