AKTIVITI PERSATUAN WARISAN KELUARGA AMALAN, SABAH
Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah, pada bulan ini persatuan telah mengadakan satu program kunjungan silaturrahim selain menghadiri jemputan kenduri dan rumah terbuka sempena Hari Raya Aidiladha.
Pada 13 September yang lalu, hasil persetujuan semua Ahli Jawatankuasa maka satu kunjungan silaturrahim telah diadakan ke rumah cucu Allahyarham Amalan iaitu Jahorah @ Fatimah Binti Haji Addah yang merupakan Generasi Kedua Keluarga Amalan. Di dalam kunjungan ini, semua Ahli Jawatankuasa telah membawa bahan-bahan mentah masing-masing untuk dimasak secara bergotong-royong sebagai juadah makan tengah hari bertemakan masakan ala kampung bersuasanakan kampung. Selain daripada masak bergotong-royong, perjumpaan ini juga dimanfaatkan dengan mendapatkan maklumat lebih terperinci mengenai salasilah Keluarga Amalan ini. Turut hadir dalam kunjungan ini ialah Ekang Binti O. T Haji Oyung dan Dang @ Jumratia Binti Marad yang juga merupakan cucu-cucu Allahyarham Amalan iaitu Generasi Kedua Keluarga Amalan. Antara yang hadir dalam kunjungan ini ialah Zikiri Bin Ajad dan isteri, Abdul Samad Bin Batua, Mohd Fazli Bin Zikiri bersama isteri dan anak, Hazarah Binti Batua, Kamariah Binti Batua, Zaharah Binti Batua, Lela @ Lila Binti Damsa dan anak-anak, Salena Binti Damsa dan anak-anak dan Mohd Azhareey Bin Jawas.
 |
Jahorah @ Fatimah Binti Haji Addah |
 |
Ekang Binti O. T Haji Oyung |
 |
Dang @ Jumratia Binti Marad |
 |
Ketam Rebus |
 |
Udang Rebus |
 |
Ikan Lumahan Rebus |
 |
Buah Kedondong |
Pada 20 September yang lalu, kenduri tahlil 100 hari Allahyarhamah Saleha Binti Mansor telah diadakan di Kampung Kolapis Beluran. Alhamdulillah, dalam kenduri ini Zikiri Bin Ajad bersama isteri dan Ali Hassan Bin Abdul Rahman telah mewakili persatuan ini ke kenduri tersebut. Turut hadir dalam kenduri ini ialah Tuan Haji Nasal yang juga merupakan cucu kepada Allahyarham Amalan iaitu Generasi Kedua Keluarga. Alfatihah untuk Allahyarhamah Saleha Binti Mansor dan ahli keluarga kita yang telah kembali ke rahmatullah mendahului kita. Semoga roh mereka akan sentiasa dirahmati oleh Allah S.W.T.
 |
Tuan Haji Nasal, anak kepada Allahyarhamah Sahaya Binti Amalan |
Sempena Hari Raya Aidil Adha, Azman Bin Lipaeh telah mengadakan Rumah Terbuka seterusnya mengadakan Kenduri Tahlil untuk arwah ayahanda mereka. Alhamdulillah, ramai cucu-cicit Amalan yang berkunjung antaranya seperti Zikiri Bin Ajad bersama isteri, YBhg Datuk Daning Bin Bajau bersama isteri dan anak-anak, Abdul Samad Bin Batua, Mohd Fazli Bin Zikiri bersama isteri dan anak, Mohd Fauzi Bin Zikiri bersama isteri dan anak, Mohd Fadzil Bin Zikiri bersama isteri, Hazarah Bin Batua bersama ibunda mereka Dang @ Jumratia Binti Marad, Sulaiman Bin Osman bersama isteri dan anak, Kamariah Binti Batua, serta adik-beradik Azman Bin Lipaeh.




Pada 27 September yang lalu, Tuan Haji Nasal telah menjemput cucu-cicit Amalan untuk datang ke Majlis Bergunting bagi 3 orang cucunya di rumah anak beliau di Taman Aman Jaya Sandakan. Sebahagian daripada ahli PWKAS telah hadir seperti Zikiri Bin Ajad bersama isteri, Mohamad @ Sabran Bin Ingkat, Mohd Fazli Bin Zikiri bersama isteri dan anak, Hazarah Binti Batua bersama ibonda belia Dang @ Jumratia Binti Marad, Mohd Fadzil Bin Zikiri bersama isteri, Mohd Fauzi Bin Zikiri bersama isteri dan anak, Azman Bin Lipaeh bersama isteri, Kamariah Binti Batua dan Salena Binti Damsah. Turut hadir YBhg Datuk Daning Bin Bajau bersama isteri dan anak serta Mahadi Bin Bajau bersama isteri.